Beliau yang selalu menjagaku ketika kedua orang tua ku harus pergi bekerja
untuk menafkahi aku dan abangku. Dia
yang selalu sabar kerana masa kecil aku sangatlah nakal dan sangat mudah
menangis. Dia yang selalu
mengutamakan aku berbanding yang lain. Mungkin
ketika aku masih kecil, aku tak sedar betapa banyak perkara yang aku lakukan
yang menyusahkan dirinya. Yang
membuatnya penat tapi dia tetap tersenyum melihat tingkah lakuku. Aku
bukanlah satu-satunya yang dia miliki, masih banyak yang lain yang merasa cemburu
kepada ku kerana dia lebih menyayangi aku. Aku tak tau kenapa. Aku
pun tumbuh menjadi gadis remaja yang masih selalu dia manjakan. Dia selalu menunggu aku pulang
sekolah. Dia
selalu mengistimewakan aku.
Aku
bukanlah seseorang yang munafik kerana aku pasti pernah melukai hatinya. Aku pun semakin tumbuh
dewasa, dan diapun menua. Sakit yang dia derita sudah
cukup banyak. Ketika
aku bercerita aku akan pergi sekolah ke Malaysia, dia berkata 'Cepatlah pulang, cepat
tamat pengajian, dan jangan pergi-pergi lagi'.
Aku pulang cuti 2 bulan lebih, dia tanya 'dah tamat pengajian?'. Ya Tuhan, ingatannya sudah mulai menurun, dia tak ingat bahawa aku masih dalam perjuanganku. Aku cuma menjawab dengan senyuman 'belum, tunggu ya'. Dia jawab 'iya'. Hari demi hari berlalu dan dia semakin lemah, sehingga harus dilarikan ke hospital. Aku jaga dia sepanjang hariku. Dia yang sudah tak sanggup lagi bercakap dan membuka matanya namun kadang masih merespond pertanyaanku dengan mengangguk atau menggeleng. Sampai pada 18/08/2015 petang dia tak lagi respond pertanyaanku, namun masih bernafas. Dan pada akhirnya dia sudah tak kuat lagi, dia tinggalkan aku dan pergi di hadapanku. Boleh bayangkan betapa hancurnya aku? Kini aku hanya boleh merindukannya dalam diam, dan bercengkrama dengannya dalam doa. Dia nenek ku, aku panggil dia Andung. Dia wanitaku, apapun keadaannya.

Aku 'Rindu Wanitaku'...
No comments:
Post a Comment