Masa begitu cepat berlalu. Semua
ini membuat aku
mengerti betapa berharganya
masa dan semua
kisah didalamnya. Aku tau, tak semua ku jalani dengan baik. Aku
pun tak akan
pernah boleh memainkan
waktu kembali. Apa
yang sudah kuperbuat
tetaplah begitu. Tak
dapat ku ubah.
Aku bahagia mengenal
mereka. Aku tak
pernah menyalahkan apa yang sudah aku alami, kerana
aku percaya semua
ada hikmahnya. Dan
salah satu hikmahnya,
aku dapat mengenal
mereka. Aku juga
mendapat banyak pertolongan
yang Tuhan kirimkan
melalui perantara. Maaf jika aku pernah berlaku kejam
dan menyakiti. Aku
bukan insan yang
sempurna. Terima kasih
sebab mahu mengenal
diriku, mahu membuka
pintu persahabatan untukku. Kini akan
aku jalani hari
yang sedikit berbeza,
namun masih misteri.
Aku sangat berharap
tidak ada yang
berubah selepas ini,
kerana aku pun
masih 'Aku' yang sama.
Baru saja berakhir hujan di sore ini, menyisakan keajaiban indahnya
kilauan pelangi
Bersamamu kuhabiskan waktu, senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna, sayang untuk mengakhirinya
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini
Ipang –
Sahabat Kecil
Aku akan tetap dengan perjuanganku, dan kamu akan tetap dengan apa yang kamu perjuangkan. Semoga kita berjaya dan tak saling melupakan:)
No comments:
Post a Comment