Friday, 18 December 2015

Hi:)



Hi..
Aku tak tau nak mula dari mana. Tapi yang pertama kali nak aku sampaikan ialah, terima kasih kepada Sir untuk semuanya. Untuk pengetahuan dan apa-apa jua yang telah dikongsikan kepada kami semua. Maaf jka terdapat banyak kesilapan dan kekurangan dalam segi apapun. Dan untuk kawan-kawan, senang dapat mengenal kalian semua. Terima kasih telah menjadi teman, semoga seterusnya kita tetap menjadi teman. Maaf kalau ada kata yang kurang berkenan dihati saat berguarau. Aku rasa ini bukan perpisahan, hanya saja sedikit ada perubahan. Mungkin kita nanti berjumpa namun tak sekerap seperti biasanya. Dan good luck untuk present nanti ..
Semoga kita tetap
berteman dan menjaga silaturahmi :)


Terima kasih untuk semuanya:)

Epilog



Masa begitu cepat berlalu. Semua ini membuat aku mengerti betapa berharganya masa dan semua kisah didalamnya. Aku tau, tak semua ku jalani dengan baik. Aku pun tak akan pernah boleh memainkan waktu kembali. Apa yang sudah kuperbuat tetaplah begitu. Tak dapat ku ubah. Aku bahagia mengenal mereka. Aku tak pernah menyalahkan apa yang sudah aku alami, kerana aku percaya semua ada hikmahnya. Dan salah satu hikmahnya, aku dapat mengenal mereka. Aku juga mendapat banyak pertolongan yang Tuhan kirimkan melalui perantara. Maaf jika aku pernah berlaku kejam dan menyakiti. Aku bukan insan yang sempurna. Terima kasih sebab mahu mengenal diriku, mahu membuka pintu persahabatan untukku. Kini akan aku jalani hari yang sedikit berbeza, namun masih misteri. Aku sangat berharap tidak ada yang berubah selepas ini, kerana aku pun masih 'Aku' yang sama.




Baru saja berakhir hujan di sore ini, menyisakan keajaiban indahnya kilauan pelangi
Bersamamu kuhabiskan waktu, senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna, sayang untuk mengakhirinya
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini

 
                                                                                                                                                                             Ipang – Sahabat Kecil

Aku akan tetap dengan perjuanganku, dan kamu akan tetap dengan apa yang kamu perjuangkan. Semoga kita berjaya dan tak saling melupakan:)

Thursday, 10 December 2015

Badai Pasti Berlalu



Minggu ini ada sedih yang tak dapat aku ungkapkan. Aku menghadapi banyak masalah. Pc rosak adalah masalah paling utama yang aku hadapi saat ini. Aku harus pergi ke cyber untuk menyelasaikan semua yang harus aku selesaikan. Aku tau ini adalah bagian dari perjuangan. Ini dah ke berapa kalinya ntah pc aku rosak. Hari tu tak boleh detect wifi, sekarang teruk lagi, kadang tak boleh on. Sesekali boleh on, 15 minutes after that mati lagi. Minggu-minggu ni lah banyak yang kena disiapkan. Takpa, ini hanya sementara. Aku boleh hadapi masalah ini, dan taknak mengalah. Kan aku yang harus memilih, jadi aku memilih untuk tetap berjuang, dan taknak kalah dengan masalah yang bukan seberapa ini.

Sering kali kau harus jatuh terlebih dahulu sampai kau betul-betul menjadi seseorang yang kuat.


'Badai Pasti Berlalu'

Prolog



Ketika kamu dihadapkan pada sebuah pilihan rumit sehingga hati seperti tak mampu lagi memilih dan logika tak mampu lagi memikirkannya. Namun kamu harus tetap memilih. Semua tau bahawa hidup adalah pilihan. Kamu pilih menang atau pilih kalah, semua bergantung pada diri kamu sendiri. Kamu ingin berhenti atau kamu ingin tetap berjuang, itu hanya kamu yang bisa menentukan.
Masalah. Mau kalah dengan yang bernama masalah? Mau sampai kapan mengalah?
Dan kini, saya percaya bahawa semuanya tak akan sanggup di pendam sendirian. Kita bukan malaikat, bukan juga nabi. Kita hanyalah manusia biasa. Apapun yang orang lain katakan tentang saya ataupun kamu atau bahkan siapapun, belum tentu benar.
Apapun hasil dari ketikan jari saya, itu adalah apa yang saya rasa dan saya fikirkan. Kerana saya selalu memasangkan hati dengan otak. Perasaan tak boleh menang tanpa adanya logika. Keduanya berjalan beriringan. Jika perasaan dominan, maka menangis. Jika logika dominan, maka egois.


Disini, sedikit cerita tentang saya akan kamu ketahui:)