Sepertinya saya
tak jadi balik cuti midsem nih. Hmmm sedih memang, tapi takpelah. Belum rezeki. Tapi
yang buat semakin sedih tu adalah kawan-kawan sekampung ni buat envy, ramai yang
balik kampung. Memang sekarang
cuaca dah agak ok, jerebu dah kurang. Tapi
family kat sana takut kalau nanti masa nak balik UKM, jerebu teruk. Exam banyak yang menuggu lepas
cuti. Takpelah,
anggap saja ni perjuangan. Bersedih-sedih dahulu bersenang-senang kemudian:) Saya juga sedar, bukan saya sahaja yang
mengalami hal macam ni, pasti ramai jugak diluar sana yang rasa apa yang saya
rasa. Dan
orang tua saya pun pasti sebenarnya rindu juga dan ingin saya pulang, hanya
mereka taknak terlalu tunjukkan, takut saya sedih. Saya
hanya berharap mereka sihat, jerebu tak datang lagi dan saya tak terlalu risau.
Kerana
ditempat saya adalah salah satu daerah yang teruk jugak jerebu. Saya risau family saya sakit. Sekarang
Alhamdulillah dah agak ok, dan semoga semakin ok. Dan buat
kawan-kawan yang balik cuti nanti, hati-hati ya:) Dan salam untuk family semua:)
It's okay:)
No comments:
Post a Comment