Friday, 30 October 2015

It's okay..



Sepertinya saya tak jadi balik cuti midsem nih. Hmmm sedih memang, tapi takpelah. Belum rezeki. Tapi yang buat semakin sedih tu adalah kawan-kawan sekampung ni buat envy, ramai yang balik kampung. Memang sekarang cuaca dah agak ok, jerebu dah kurang. Tapi family kat sana takut kalau nanti masa nak balik UKM, jerebu teruk. Exam banyak yang menuggu lepas cuti. Takpelah, anggap saja ni perjuangan. Bersedih-sedih dahulu bersenang-senang kemudian:) Saya juga sedar, bukan saya sahaja yang mengalami hal macam ni, pasti ramai jugak diluar sana yang rasa apa yang saya rasa. Dan orang tua saya pun pasti sebenarnya rindu juga dan ingin saya pulang, hanya mereka taknak terlalu tunjukkan, takut saya sedih. Saya hanya berharap mereka sihat, jerebu tak datang lagi dan saya tak terlalu risau. Kerana ditempat saya adalah salah satu daerah yang teruk jugak jerebu. Saya risau family saya sakit. Sekarang Alhamdulillah dah agak ok, dan semoga semakin ok. Dan buat kawan-kawan yang balik cuti nanti, hati-hati ya:) Dan salam untuk family semua:)


It's okay:)

Makanan..

Kalau cakap pasal makanan, ada satu makanan yang langsung mengganggu otak saya. Saya rindu makan 'empek-empek'. Semua pasti tertanya-tanya ini makanan apa. Ini makanan yang dibuat dari ikan, hmmm saya lupa apa nama ikannya. Makanan ini mirip dengan keropok lekor, tapi beza dia warna dan ikannya. Makanan ini berasal dari Palembang-Jambi. Di rumah saya, family saya selalu buat makanan ni. Terlebih lagi kalau ada majlis atau acara makan bersama keluarga besar. Makanan ini dimakan dengan kuah yang dibuat daripada gula merah. So rasanya macam pedas manis. Pokonya makanan ni best. Kalau dekat kampung saya, ni dah jadi hidangan wajib. Macam hari raya Aidil Fitri, selain ada ketupat, rendang, kita juga ada 'empek-empek'. Nanti kalau Sir dan kawan-kawan datang ketempat Rika, kita makan sama-sama ya hehe .. 'Empek-empek' ini ada macam-macam bentuk. Panjang, bulat dan ada juga namanya 'kapal selam'. Kapal selam ni bentuk dia serupa lah sikit dengan kapal selam, dan dalamnya diisi telur. Yang ni yang paling rika suka.
 Nak makan makanan ni...

Friday, 23 October 2015

17 Tahun-ku..

Aku tak tahu kenapa aku tak boleh move on dari 28 March 2013. Pada masa itu usia ku tepat 17 tahun, sweet 17 .. Bagi saya masa itu betul-betul sweet, kerana semuanya sweet .. Mama Ayah Mas dan semua family juga teman- teman, mereka begitu sweet. Pada pagi hari itu, masa itu dikelas, pelajaran pertama iaitu Bahasa Arab, tiba-tiba guru saya menunjukkan yang nilai quiz bahasa arab saya sangat teruk, memang sangat-sangat teruk. saya tak boleh percaya sebab saya rasa saya dah belajar sebelum quiz, at least saya boleh dapat standard score .. Dan guru saya memanggil saya dan meminta nombor handphone orang tua saya, ya Allah takutnya, sebab pasti ayah akan sangat marah. Tapi saya memohon dengan sangat kepada guru saya untuk tidak menelefon orang tua saya, dan akhirnya dia mahu. Dengan syarat saya perlu ulang balik quiz dan mentafsirkan satu buku bahasa arab. Masa saya nak ambik buku dalam bag, ternyata buku saya tak ada, saya start risau, kerana peraturan dari guru, siapa yang tak punya buku mesti keluar kelas dan tak boleh ikut belajar. Saya tak tau kenapa buku saya hilang, saya ingat sangat malam tu saya dah masukkan semua buku dalam bag. Then saya kena keluar kelas dan cari kelas yang ada pelajaran bahasa Arab jugak untuk hari tu. Untung saya dapat. Masa dah tengah hari, saya tengah duduk dengan bestfriend saya, tengah menangis kenapa boleh seteruk itu result yang saya dapat, then tiba-tiba guru bahasa arab saya tadi dan semua teman2 saya datang dari luar sambil membawa cake dan bernyanyi. Petang, masih disekolah, masa itu saya sukan, dan guru sukan saya sangatlah garang, dahlah saya tak dapat ikut sebab tangan saya yg patah belum boleh lagi utk dibawa bersukan. Selepas pelajaran sukan, saya siap-siap nak balik dengan kawan, tiba-tiba dia bawa saya ke suatu tempat then habislah, ternyata kat sana kawan-kawan yang lain dah get ready nak lempar telur dan tepung. Malam pulak kat rumah, masa penat-penat sebab sehari tu, mama marah suruh keluar bilik, masa keluar, dapat lagi surprise dari family. Senang sangat walau penat. Esoknya cuti, bestfriends saya ajak pergi makan, so kami semua pergi makan. Lepas makan mereka ajak saya ke suatu tempat yang indah sangat, tasik. Cantik sangat. Dan ditempat tu, mereka bagi surprise lagi, ada cake lagi, ada hadiah lagi, dan ada tepung dan jugak telur. Masa saya bukak hadiah itu, saya terharu sebab isinya adalah apa yang kita gunakan untuk menghadap Allah dalam solat; telekung, sejadah, alquran. Saya bangga punya mereka semua.

 
Best day ever:)

Sesal..



Sesal sebenarnya tak ada gunanya. Kerana kita hanya membuang-buang waktu kita untuk memngingat kembali apa yang sudah terjadi, untuk menangisi kembali apa yang sudah terjadi, membiarkan hati kita menyedari kalau kita sudah salah dalam melakukan sesuatu.
Sebenarnya saya menyesal kenapa masa sekolah menengah saya lebih memilih science. Masa itu, di sekolah saya, sebelum kita memilih majoring, kita harus melalui sebuah test IQ yang nantinya akan memberi hasil dan memberi tahu majoring apa yang sesuai untuk kita. Dan hasil pertama saya peroleh adalah social dan kedua adalah science. Yang artinya saya lebih sesuai ke social daripada science. Tapi saya lebih memilih science masa itu. Kerana saya rasa Biology itu menarik. Tapi pada masa akan mendaftar universiti, tidak sedikitpun ada minat saya untuk mengambil jurusan science, saya lebih minat ekonomi dan undang-undang. Dan sekarang alhamdulillah saya dapat jurusan saya inginkan, namun kadang saya sangat kesulitan kerana saya tak ada basic di bidang ekonomi.

 
Padam sesal dengan berusaha lebih baik untuk masa hadapan:)

Friday, 16 October 2015

Ini ceritaku, apa ceritamu?:)

Sebenarnya saya nak sangat balik kampung cuti mid nih, tapi saya tak berani nak mintak dengan orang tua saya. Saya takut mereka berfikir saya tak tenang disini. Bukan saya tak tenang, saya cuma ingin melepas rindu dan penat. Kadang saya envy dengan kawan-kawan saya yang seronok balik rumah kerana dapat jumpa dengan family. Saya? Cakap nak balik kampung pun tak berani: 'DSaya tak tau lah orang tua saya akan bagi saya balik kampung macam sem lepas atau tak, sebab takut jerebu masa saya nak balik UKM, kerana jerebu dekat kampung saya agak teruk jugak. Ni disebabkan kawan ajak balik, sebelum ni saya rasa okay je kalau tak balik, tapi masa kawan dah ajak, habis lah sudah, terpengaruh nak balik ..Sebenarnya ada satu perkara yang nak sangat saya lakukan kalau saya dapat balik, saya nak ziarah nenek saya yang meninggal 2 bulan lalu disebabkan sakit, yang menghembuskan nafas terakhirnya tepat didpean mata saya. Nasib baik saya boleh ada disana kerana masa tu saya tak ambik shortsem. Sampai sekarang saya selalu teringat hari dimana saya kehilangannya. Macam mana saya tak sedih sangat, saya adalah cucu beliau yang sangaaaat dekat dengan beliau ..Sekarang, kalau saya rindu saya hanya boleh melihat gambar dan mendengar rakaman suaranya di handphone saya.

Bolehkah saya pulang ?: ')

Beban..

Semua orang mesti punya beban masing-masing. Kalau aku berfikiran bebanku yang paling berat, bukan. Ada lagi orang lain yang bebannya lebih berat daripada aku. Walaupun sekarang aku merasa beban ku dalam masalah subject sudah mulai berkurang. Alhamdulillah. Semoga semakin lebih baik. Kini aku dibebani oleh rasa bimbang sebab tak paham salah satu subject dan oleh rasa ingin pulang cuti mid nanti hehe. Beban itu sebenarnya bukan untuk dilihat sebagai sesuatu yang berat yang perlu ditanggung, tetapi sesuatu yang perlu dibuat ringan dan diselesaikan. Tapi saya hanya mampu menerapkan pola pikir seperti itu tanpa melakukanya, saya jujur. Saya jenis orang yang terlalu memikirkan beban saya sehingga saya sukar untuk melakukan perkara lain. Seseorang pernah berkata pada saya, beban itu datang kerana kita menganggapnya beban, kalau lah kita selesaikan sesuatu masalah tanpa menganggapnya beban, mungkin beban itu takkan pernah ada. Terbeban kerana sesuatu perkara selalunya boleh mempengaruhi emosi seseorang, contohnya saya. Saya sukar untuk mengawal emosi saya apabila saya dibebani oleh sesuatu perkara. Tapi, kalaulah dalam hidup ini kita tak pernah mengalami beban, mungkin kita takkan pernah mengartikan betapa berharganya hidup, kerana beban membuat kita berjuang, dan hidup butuh perjuangan.

Bagi saya, ceritalah kepada seseorang yang kita percayai untuk mengurangkan rasa beban yang kita tanggung. Tapi ingat, jangan paksa orang lain memahami apa yang kita rasa kerana mereka juga punya beban sendiri yang harus mereka selesaikan:)

Friday, 9 October 2015

10.10

Saya memaknai ini 'Kejayaan'

Saya juga tak tahu bagaimana saya menggambarkan kejayaan dari angka 10.10
Saat kita mencapai titik tertinggi dari usaha kita yang maksimum, disanalah kita mencapai kejayaan. Dari angka 10.10, saya menilai 10 itu adalah nombor tertinggi untuk suatu pencapaian, katakan ada 10 cabaran yang perlu dihadapi demi mencapai kejayaan di titik yang ke 10 tersebut dan tidak ada satu cabaran pun yang boleh kita skip, mau atau tidak mau, mampu atau tidak mampu kita haruslah menghadapi 10 cabaran tersebut. No choice. Usaha yang maksimum sangat diperlukan untuk pencapaian 10.10. Mungkin ada satu cabaran yang gagal kita lalui, tapi kita tak boleh lari dari cabaran tersebut kerana kita tak boleh pergi ke next step bila kita tidak menyelesaikannya, pada masa itulah diminta kesabaran dan keteguhan hati serta usaha yang keras untuk melalui hal tersebut dan akhirnya kita berjaya melewati cabaran yang satu ini. Tapi, tunggu dulu, jangan cepat berpuas hati. Masih ada beberapa cabaran lagi yang harus kita lalui, jangan ulur waktu, sasaran adalah hal yang diperlukan. Dan 10.10 adalah sasarannya. Jika kita berjaya melepasi ke 10 cabaran tersebut, bermakna kita akan ada dititik ke 10, iaitu titik kejayaan.
Ini menerut saya:)

Saya mendapatkan prinsip baru dari angka 10.10 .. 
Hidup bukanlah perkara yang segera, harus ada yang dilalui untuk mencapai titik tertinggi. 
10.10

Happy Birthday, Riko..

Riko Marlian. Abang saya satu-satunya. Jarak usia kita sangatlah jauh, 10 tahun. Hari ini dia ulang tahun. Sudah 2 kali ulang tahunnya tanpa saya disana. Saya hanya boleh mengucapkannya melalui video call saat yang lain disana dapat berjumpa dengannya. Kita berdua sangat dekat, terlebih lagi kerana kita hanya berdua besaudara. Tanpa dia saya bukanlah apa apa. Dia yang selalu mendengar cerita saya saat orang lain mungkin menutup telinga, dia yang selalu menghulurkan tangannya saat yang lain tak ingin diganggu. Saya bukanlah perempuan yang kuat, tapi saya diajarkan olehnya untuk selalu kuat dan menghargai hidup. Hidup hanya sekali, jangan sia-siakan. Semua yang dia katakan selalu menenangkan saya. Kita juga sering bergaduh kerana perkara kecil, tetapi hanya beberapa minit dan kembali bergurau. Dia selalu cakap, jangan menyerah, jangan cakap penat, jangan cakap tak sanggup. Satu kalimat dia yang selalu dia ucapkan diakhir mesej ringkasnya, 'I miss you'.
 

Mas, Happy Birthday ..Semoga sihat selalu, Amin ..



Jarak bukanlah perkara besar:)

Friday, 2 October 2015

Insomnia..

Hii all, mesti semua pernah mengalami insomnia kan? Apa yang kamu lakukan masa mengalami insomnia? Saya selalu insomnia. Saya tau sebenarnya itu tak baik untuk kesihatan, tapi nak buat macam mana? Mata tak nak tidur. Dan kalau saya tertidur lebih awal dari biasanya, mesti tengah malam saya terbangun. Dan masa itu yang teringat adalah orang tua saya. Dah start homesick dah. Insomnia boleh disebabkan oleh faktor emosi ataupun gangguan fizikal. Saat kita cemas pun kita boleh mengalami insomnia. Terlebih lagi ketika stres. Menurut saya stres adalah punca utama insomnia. Tau tak apa yang boleh berlaku akibat insomonia? Yang saya tahu, insomnia boleh menjadikan kita seseorang yang pelupa. Saya tahu sebab kawan saya yang mengalami hal tersebut. Kepekatan pun cepat menurun, dan ini yang pernah saya rasakan.Banyak perkara yang boleh berlaku disebabkan insomnia ini. Dan saya cuba mengatasinya dengan cara menyibuk kan diri sehingga saya merasa penat, penat boleh membuat kita cepat mengantuk. Ini cara saya, bagaimana dengan awak? :)

 Insomnia adalah kebiasaan yang boleh mendatangkan penyakit:)

Mentor..

Mentor ..Bagi saya mentor itu adalah seorang kawan sekaligus penasihat. Kita boleh menceritakan apa yang membuat hati kita resah terlebih lagi masalah subject ataupun halangan yang kita alami dalam belajar. Saya masa tu tak punya mentor kerana saya tangguhkan pengajian sem 1 first year, masa tu saya juga tak faham apa maksud mentor-mentee, sampai pada saat ini alhamduliilah saya pun dapat mentor yang saya nak hehe:) ada juga rakan - rakan saya yang susah nak jumpa mentor sebab mentor mereka sibuk. Dan jumpa mentor sebaiknya bukan saat disuruh saja, tapi tanpa disuruh jugak.Mentor sebenarnya adalah untuk mempermudahkan kita dalam mengambil keputusan. Ini pun yang saya rasakan. Saat kita ada masalah, mentor kita lah yang dapat membimbing kita. Memberi nasihat apa yang perlu kita lakukan dan yang tak perlu kita lakukan. Pihak fakulti sebenarnya telah mempermudahkan kita dengan program mentor-mentee. 

Dan bagi saya, mentor adalah orang tua kita di universiti..
Kepada Mentor saya, terima kasih telah bersedia mendengarkan cerita saya dan membantu saya:)

Kawan tak semestinya sebaya dengan kita, Mentor pun boleh jadi kawan:)