Friday, 18 December 2015

Hi:)



Hi..
Aku tak tau nak mula dari mana. Tapi yang pertama kali nak aku sampaikan ialah, terima kasih kepada Sir untuk semuanya. Untuk pengetahuan dan apa-apa jua yang telah dikongsikan kepada kami semua. Maaf jka terdapat banyak kesilapan dan kekurangan dalam segi apapun. Dan untuk kawan-kawan, senang dapat mengenal kalian semua. Terima kasih telah menjadi teman, semoga seterusnya kita tetap menjadi teman. Maaf kalau ada kata yang kurang berkenan dihati saat berguarau. Aku rasa ini bukan perpisahan, hanya saja sedikit ada perubahan. Mungkin kita nanti berjumpa namun tak sekerap seperti biasanya. Dan good luck untuk present nanti ..
Semoga kita tetap
berteman dan menjaga silaturahmi :)


Terima kasih untuk semuanya:)

Epilog



Masa begitu cepat berlalu. Semua ini membuat aku mengerti betapa berharganya masa dan semua kisah didalamnya. Aku tau, tak semua ku jalani dengan baik. Aku pun tak akan pernah boleh memainkan waktu kembali. Apa yang sudah kuperbuat tetaplah begitu. Tak dapat ku ubah. Aku bahagia mengenal mereka. Aku tak pernah menyalahkan apa yang sudah aku alami, kerana aku percaya semua ada hikmahnya. Dan salah satu hikmahnya, aku dapat mengenal mereka. Aku juga mendapat banyak pertolongan yang Tuhan kirimkan melalui perantara. Maaf jika aku pernah berlaku kejam dan menyakiti. Aku bukan insan yang sempurna. Terima kasih sebab mahu mengenal diriku, mahu membuka pintu persahabatan untukku. Kini akan aku jalani hari yang sedikit berbeza, namun masih misteri. Aku sangat berharap tidak ada yang berubah selepas ini, kerana aku pun masih 'Aku' yang sama.




Baru saja berakhir hujan di sore ini, menyisakan keajaiban indahnya kilauan pelangi
Bersamamu kuhabiskan waktu, senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna, sayang untuk mengakhirinya
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini

 
                                                                                                                                                                             Ipang – Sahabat Kecil

Aku akan tetap dengan perjuanganku, dan kamu akan tetap dengan apa yang kamu perjuangkan. Semoga kita berjaya dan tak saling melupakan:)