Tiba-tiba saya teringat masa saya mengalami accident dengan bestfriend saya, Rini. Mungkin sebab cerita pasal sukan tadi. Dulu masa Sekolah Menengah Atas (SMA), saya pernah mengalami accident motor dengan sahabat saya. Sahabat saya bawa motor, saya kat belakang. Masa tu weekend, kami nak pergi ke sekolah untuk latihan upacara penaikan bendera. Rini bawak motor bukannya laju, macam biasa, standard. Tapi tak tau lah apa yang berlaku masa tu.Kejadiannya
dekat simpang empat, kita orang nak belok kiri tetapi kat depan ada
kereta yang laju sangat nak lurus, dan motor sahabat saya dengan kereta
tu bertumburan kat tengah-tengah simpang tu, dan saya terlambung ke
kiri, semua badan sebalah kiri terhempas, dari kepala sampai kaki. Bahu kiri saya patah, kaki tak boleh lurus dan kepala bengkak sebab terhempas. Saya tak pengsan, tapi saya tediam, tak nangis, mungkin sebab tekejut. Masa
orang tolong angkat saya, tak terasa sakit apa apa, tapi masa dah
diletak kat kerusi, barulah terasa tangan tu macam nak tanggal. Rini pun mengalami patah tangan, tapi nasib baik kepala dan kakinya ok. Nasib baik kat sana ada kawan abang saya yang call abang saya, then abang saya bawak saya dan Rini ke hospital. Setelah di cek, memang positif tangan kami berdua patah, dan tentu saya lebih teruk. Pihak hospital
sarankan operasi, tapi saya taknak, sebab saya teringat rakan saya
pernah patah kaki dan dia dibedah, dimasukkan besi, dan kakinya sedikit
lebih panjang daripada kaki satu lagi. So saya dan Rini pilih rawatan tradisional. Nasib baik tak terlalu sakit. Rini boleh pulang, tapi saya kena pergi hospital lain untuk scan kepala, nasib baik tak ada hal yang membahayakan.Kesan yang saya rasa sekarang, tangan saya masi selalu sakit kalau saya tak duduk bersandar. Dan kepala saya sebelah kiri juga kadang-kadang terasa sakit. Begitu jugak dengan kaki, tak dapat diluruskan terlalu lama.
Ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Saya tak pernah menyalahkan sesuatu yang telah terjadi, kerana itu akan mengajar saya untuk lebih berhati-hati:)
Ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Saya tak pernah menyalahkan sesuatu yang telah terjadi, kerana itu akan mengajar saya untuk lebih berhati-hati:)
No comments:
Post a Comment