Thursday, 26 November 2015

Hi, DDVNR

DDVNR, mereka adalah orang yang sangat mengenal bagaimana rika. Dina, Devy, Verena, Nita dan Rini. Kami bersahabat sudah hampir 5 tahun. Tak mudah membina persahabatan, banyak masalah dan kesalah fahaman yang kami hadapi sebelum menjadi kuat seperti sekarang ini. Dina yang wataknya tomboy, Devy yang kecil dan comel, Verena yang suka sedih sendiri, Nita yang alim dan Rini yang suka blur sendiri. Mengenal mereka adalah hal yang tak pernah diduga. Ntah apa awalnya sehingga kami boleh sedekat ini. Sekarang tak terasa kami masing-masing berjuang di tempat yang berbeza. Bercengkrama hanya melalui chat dan sama-sama menanti datangnya cuti kuliah. Mereka banyak mengajar saya tentang banyak perkara, sampai saya menjadi rika yang seperti sekarang ini. Persahabatan kami tak selalu diiringi dengan tawa, kami juga pernah bertengkar sampai tak saling tegur sapa. Tapi jika masalah dah selesai, kami membuat perjanjian untuk tidak membincangkan masalah tersebut lagi. Lupakan, jangan ungkit. Mungkin itu alasan kenapa kami masih kuat jika masalah pun ada.

 
Sedikit tentang DDVNR:)

Ayah Terhebat

Ayah adalah lelaki yang tak pernah menyakiti hati saya, lelaki yang menjaga saya dengan sebaik baiknya. Pernah membuat saya menangis, tapi tak berbekas.
Ayah saya bukanlah seorang yang masih berusia sekita 40an, tepat pada hari ini, 26 November 2015 ayah saya berusia 54 tahun. 54 tahun sudah beliau hidup dengan segala bentuk cerita, kebahagiaan, cobaan, tawa dan air mata. Dia yang selalu rela pergi pagi pulang malam hanya untuk menafkahi keluarga kecilnya, menafkahi dan menyekolahkan anaknya. Terkadang dia juga harus memikirkan untuk mengajak anaknya pergi kesuatu tempat untuk bercuti walau kadang itu tak penting, tapi dia hanya ingin membahagiakan keluarganya.
Ayah, maaf kalau selama ini rika belum bisa membahagiakan ayah, masih selalu menyusahkan ayah. Maaf jika diusia ayah yang sudah 54 tahun ini, ayah masih harus memikirkan bagaimana membahagiakan rika, bagaimana agar rika berhasil mendapat pendidikan yang tinggi. Ayah, maaf kalau rika pernah membuat ayah sedih, mambuat ayah marah..
Satu hal yang tak bisa rika lupakan, februari hari tu, sewaktu sem pertama rika disini, ayah rika mengalami accident. Ada bahagian jari yang patah, bahagian mata yang harus dijahit, ntahlah rika tak boleh bayangkan. Tapi masa tu rika tak dapat pulang. Rika cuma boleh mendoakan dari jauh. Dan sebab tu juga rika keras sangat nak balik masa cuti midsem sem lepas.
Ayah, sihat selalu, tunggu rika ajak ayah dan mama hadir masa rika grade nanti, amiin..
Ayah.. selamat ulang tahun.. Semoga ayah sihat selalu, selalu dalam lindungan Allah, murah rezki dan senantiasa bahagia. Rika disini rindu sangat dengan ayah. Ini first time rika tak ada kat ayah masa birthday ayah. Ayah, terimakasih untuk semuanya, maaf untuk luka yang pernah rika goreskan dalam hati ayah, tapi rika tak pernah bermaksud demikian, rika tak sengaja jika rika pernah membuat ayah sedih.. Tetaplah jadi ayah yang terhebat dan terkuat untuk keluarga kita.
Sekali lagi, selamat ulang tahun Ayah..
 Salam sayang dari Malaysia:")

Friday, 20 November 2015

Patah..

Tiba-tiba saya teringat masa saya mengalami accident dengan bestfriend saya, Rini. Mungkin sebab cerita pasal sukan tadi. Dulu masa Sekolah Menengah Atas (SMA), saya pernah mengalami accident motor dengan sahabat saya. Sahabat saya bawa motor, saya kat belakang. Masa tu weekend, kami nak pergi ke sekolah untuk latihan upacara penaikan bendera. Rini bawak motor bukannya laju, macam biasa, standard. Tapi tak tau lah apa yang berlaku masa tu.Kejadiannya dekat simpang empat, kita orang nak belok kiri tetapi kat depan ada kereta yang laju sangat nak lurus, dan motor sahabat saya dengan kereta tu bertumburan kat tengah-tengah simpang tu, dan saya terlambung ke kiri, semua badan sebalah kiri terhempas, dari kepala sampai kaki. Bahu kiri saya patah, kaki tak boleh lurus dan kepala bengkak sebab terhempas. Saya tak pengsan, tapi saya tediam, tak nangis, mungkin sebab tekejut. Masa orang tolong angkat saya, tak terasa sakit apa apa, tapi masa dah diletak kat kerusi, barulah terasa tangan tu macam nak tanggal. Rini pun mengalami patah tangan, tapi nasib baik kepala dan kakinya ok. Nasib baik kat sana ada kawan abang saya yang call abang saya, then abang saya bawak saya dan Rini ke hospital. Setelah di cek, memang positif tangan kami berdua patah, dan tentu saya lebih teruk. Pihak hospital sarankan operasi, tapi saya taknak, sebab saya teringat rakan saya pernah patah kaki dan dia dibedah, dimasukkan besi, dan kakinya sedikit lebih panjang daripada kaki satu lagi. So saya dan Rini pilih rawatan tradisional. Nasib baik tak terlalu sakit. Rini boleh pulang, tapi saya kena pergi hospital lain untuk scan kepala, nasib baik tak ada hal yang membahayakan.Kesan yang saya rasa sekarang, tangan saya masi selalu sakit kalau saya tak duduk bersandar. Dan kepala saya sebelah kiri juga kadang-kadang terasa sakit. Begitu jugak dengan kaki, tak dapat diluruskan terlalu lama.
Ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Saya tak pernah menyalahkan sesuatu yang telah terjadi, kerana itu akan mengajar saya untuk lebih berhati-hati:)

Emosi

Semua orang pasti pernah mengalami emosi yang mungkin boleh mencapai tigkat emosi yang tinggi. Itu adalah hal yang wajar. Kerana manusia pada hakikatnya tetaplah manusia, makhluk ciptaan Tuhan yang tak sempurna, yang mempunyai rasa marah, sedih, suka, benci dan semuanya. Mustahil jika ada manusia yang tak pernah emosi terhadap sesuatu perkara, kerana sesabar sabarnya manusia pasti pernah juga marah dan merasa emosi. Saya jenis orang yang mudah emosi jugak. Terlebih masa sekolah menengah dulu. Saya sukar sekali untuk kawal emosi saya. Saya akan emosi pada sesuatu perkara yang berlaku berulang kali, sebab jika itu berlaku sekali dua kali, saya boleh terima, tapi kalau dah berkali-kali, saya tak boleh nak tahan diri saya untuk tidak emosi. Dulu masa sekolah menengah, masa pertandingan sukan antara kelas, pemain dari pasukan lawan ada yang tak suka dengan saya, saya tak tau apa masalahnya terhadap saya, saya rasa selama sekolah saya tak pernah buat pasal dengan dia, sebab saya tak terlalu mengenal dia dan dia bukanlah classmate saya. Tiba tiba masa tengah bertanding, dia menolak saya sehingga jatuh, saya tak taulah kenapa dia buat macam tu, itu yang kedua kalinya dia buat macam tu, saya tak boleh terima, then emosi saya mula naik, saya pun tegak dan hampir ingin memukul dia. Tapi saya cuba tahan lagi, sebab taknak buat masalah baru. Saya hanya memaki dia sebentar dan teruskan pertandingan. Saya jugak pernah emosi terhadap abang saya sendiri. Sampai pada akhirnya saya cuba belajar untuk menahan. Saya cuba cari cara bagaimana untuk dapat menahan emosi. Dan 2 tahun terakhir ini, jika saya merasa emosi saya cuba tahan, diam dan menjauh sekejap dari orang-orang. Jika cara itu tak dapat membuat saya tenang, saya pergi ke suatu tempat, tanah lapang, tinggi, yang memang kat sana tak ada rumah, tak ada siapa siapa, tempat itu 15 minit dari rumah saya, dan saya cuba menjerit sekuat kuatnya untuk lepaskan semua emosi dan beban saya. Hanya satu kali jeritan, dan saya boleh rasa tenang. Tapi itu saya lakukan masa sekolah menengah, saya dah lama tak buat macam tu. Saya lebih suka menyepi diri.

Orang paling sabar di dunia adalah orang yang mempunyai emosi yang paling tinggi. Sebab tak ada manusia yang hanya punya kesabaran tanpa punya amarah, itu mustahil:)

Wednesday, 11 November 2015

Tulisan Hari Ini..



Pernah tak rasa marah dengan apa yang sudah didapat? Mungkin sebab apa yang dah didapati tu tak sesuai dengan apa yang diinginkan. Kalau pernah, wajar. Tapi jangan marah kalau itu terjadi, kerana ada perkara lain yang kita tak tahu di sebalik apa yang telah kita dapatkan. Jangan membenci sesuatu berlebihan dan jangan jugak menyukai sesuatu berlebihan. Tuhan memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan. Jika apa yang kita dapatkan sama dengan apa yang kita inginkan, maka bersyukurlah, kerana mungkin itu memang yang terbaik untuk kita. Tetapi jika apa yang kita dapatkan berbeza dengan apa yang kita inginkan, jangan marah. Kerana mungkin apa yang kita inginkan tak baik untuk kita, manakala apa yang kita dapatkan itulah yang terbaik untuk kita.


Ikhlas memang sukar, tapi percayalah ikhlas akan membawa ketenteraman ..

Cuti..

Hi all, buat apa masa cuti midsem ni? Mesti best kan? Balik kampung jumpa family dan pergi bercuti samasama.

Masa cuti ini saya habiskan masa dengan belajar untuk mid exam 21 november ni. Susah sangat. Saya still tak paham. Dan bila saya dah penat, saya rehat dan tengok tv. Tengok cerita kartun dan streaming cerita kat Indonesia. Dan saya juga buat cake dengan cousin saya. Cake mangga. Sedaaaap .. Saya tak seberapa sedih sebab tak balik, kerana saya mesti belajar mikro, so lupa rasa nak balik tu. Dan sekarang pun dah tak terasa cuti dah nak habis. Selama cuti saya stay kat rumah pakcik makcik. Saya memang tak ada keluar sebab saya memang jenis orang yang suka duduk rumah, lagi lagi kalau ingat exam. Saya memang nak masa cepat berlalu. Cuti sekarang ni not bad bagi saya, tapi tak terlalu best jugak. Korang buat apa masa cuti


Selamat bercuti, dan jangan lupa buat assignment:)

Thursday, 5 November 2015

Takut..



Saya nak share. Saya benar-benar tak tau nak buat apa dengan subject mikroekonomi. Susah sangat saya untuk paham. Saya tak tau lah nak buat macam mana. Saya dah try untuk baca dan buat tutorial, tapi benda sama yang berlaku. Saya masih tak paham. Kalau untuk konsep atau teori, saya boleh paham sikit-sikit. Tapi bila dah apply dalam keluk, saya dah memang tak tau nak buat apa.
Ini jugak yang buat saya menyesal kenapa saya ambil science masa sekolah menengah, macam yang saya ceritakan dalam blog hari tu.
Dah lah 21 November nanti exam mikroekonomi ni.
Benda ni lah yang lately mengganggu otak saya.
Ada yang tau tips supaya cepat paham subject ni?
Saya harap ada hidayah dan saya boleh bawa subject ni, Amin...

:')

Nafsu



Setiap manusia pasti punya nafsu. Bergantung pada diri masing-masing macam mana nak kontrol nafsu tersebut. Saya pun tak tau nak tulis apa pasal nafsu ni. Nafsu bagi saya hal yang wajar dan normal.
Tapi semua tu haruslah di kontrol, semua jenis nafsu. Kerana nafsu yang berlebihan akan membawa kepada perkara yang tak baik. Jauhilah benda yang memang akan menyebabkan nafsu.
Nafsu bukan hanya dalam hal kepada pasangan atau semacamnya, nafsu dalam makan, membeli-belah dan lain-lain. Ketika kita ingin memiliki sesuatu yang sebenarnya benda tu tak terlalu kita perlukan, itu juga termasuk nafsu. Makan berlebihan pun itu hanya sekadar nafsu bukan kerana lapar. Lagi-lagi kalau kita baru lepas makan then nak makan yang lain pulak, itu hanya nafsu.
Kesan pada diri kita, mungkin akan sedikit menyiksa diri. Tak taulah. Saya logik je, kalau tak dapat benda yang kita nak, pasti ada rasa lain kat hati. Tapi setiap orang punya pandangan yang beza pasal nafsu ni.
Nafsu terhadap kuasa juga ada. Ini juga berbahaya. Sebab apabila kita sangat mahukan kuasa, kita akan berusaha lakukan apa sahaja untuk dapatkan kuasa itu. Tak peduli apa yang kita buat tu betul ke salah, yang pasti kita kena dapat kuasa tu. Itu contoh yang akan merosakkan diri dan menambah dosa.
 
Untuk mengelakkan keburukan yang akan diakibatkan oleh nafsu, biasa-biasa saja dalam menginginkan sesuatu:)