Friday, 25 September 2015

Merindu...


Semalam adalah pertama kalinya saya beraya bukan bersama kedua orang tua dan abang saya, sebab saya sedang merantau mengejar cita-cita di sini, di UKM. Tapi tak mengapa, kejayaan memang memerlukan perjuangan. Sedih memang sebab tak dapat beraya dengan mereka, tapi tak apa, disini saya beraya dengan pakcik dan makcik jugak cousins saya. kami pergi ziarah nenek cousins saya di pahang dan ziarah cousin saya yang meninggal 10 tahun lalu sebab accident. Saya rasa raya kali ini saya sangat sedih. Tapi saya tau bahawa tak baik terlalu bersedih. Dan saya cuba hilangkan kesedihan saya dengan menelefon orang tua saya di Indonesia. Tapi tiba tiba saya menangis jugak saat mendengar suara mereka, mungkin sebab rindu:') saya tak nak hari raya sedih-sedih, saya cuba becerita hal yang menggembirakan kepada orang tua saya, sebab saya tahu mereka jugak akan sedih jika saya sedih.  

Tak ada perkara yang lebih membahagiakan selain kebahagian orang tua kita:’)


R i n d u:')

No comments:

Post a Comment