Semalam adalah pertama kalinya saya
beraya bukan bersama
kedua orang tua dan abang saya, sebab saya sedang merantau
mengejar cita-cita
di sini, di
UKM. Tapi tak mengapa, kejayaan memang
memerlukan perjuangan. Sedih memang sebab tak dapat beraya dengan mereka,
tapi tak apa,
disini saya beraya
dengan pakcik dan
makcik jugak cousins
saya. kami pergi
ziarah nenek cousins
saya di pahang
dan ziarah cousin
saya yang meninggal
10 tahun lalu
sebab accident. Saya
rasa raya kali
ini saya sangat sedih. Tapi saya tau bahawa
tak baik terlalu
bersedih. Dan saya cuba hilangkan kesedihan saya dengan menelefon
orang tua saya
di Indonesia. Tapi tiba tiba saya menangis
jugak saat mendengar
suara mereka, mungkin
sebab rindu:')
saya tak nak
hari raya sedih-sedih, saya cuba becerita hal
yang menggembirakan kepada orang tua
saya, sebab saya
tahu mereka jugak
akan sedih jika
saya sedih.
Tak
ada perkara yang lebih membahagiakan selain kebahagian orang tua kita:’)
R i n d u:')
